Zakaria&SONS Precious Metals (MALAYSIA) Sdn Bhd (1414302K)

0342663665

PERADUAN GEMPAK-KEMILAU OLEH ZAKARIA&SONS

14/07/2023 HINGGA 14/01/2024.

Anda pasti pernah bermimpi untuk dapatkan kereta percuma, handphone percuma kan? Ini Peluang keemasan untuk anda, Jangan bermimpi lagi, JOM! Sertai Peraduan Gempak-Kemilau Zakaria&SONS hari ini dan berpeluang memenangi hadiah hebat dengan nilai keseluruhan lebih dari RM100,000! Tak masuk akal? Memang! Hanya di Kedai Emas Zakaria&SONS je! Dalam peraduan yang memang GEMPAK ni Kita nak bagi sebiji kereta PERCUMA! Kepada PEMENANG UTAMA. Nak iPhone? iPhone 14 pun ada dan kita nak bagi secara percuma juga tau! Bukan itu sahaja kita ada Samsung Samsung Plasma TV 50”, Samsung Freezer, Samsung Washer, Samsung Galaxy Smartwatch 5, wang tunai dan yang paling menarik ialah Jongkong emas 916 khas daripada Zakaria&SONS! Jadilah 50 peserta yang bertuah dan hidup anda confirm GEMPAK dan BERCAHAYA lah! Jangan lepaskan peluang okay! 


Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan

  1. PERADUAN GEMPAK-KEMILAU [“Peraduan] dianjurkan oleh Zakaria&SONS Precious Metals (Malaysia) Sdn. Bhd. 202101014002 (1414302-K)] [“Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk sah Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 14/07/2023 [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”]. Penganjur berhak untuk meminta dokumen pengenalan sebagai bukti dan untuk tujuan mengesahkan identiti Peserta. 
  2. Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini: Kakitangan Penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)].
  3. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan. 


Tempoh 

Peraduan akan diadakan dari 14/07/2023 hingga 14/01/2023 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak secara mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan automatik. 


Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan 

  1. Untuk setiap pembelian mana-mana produk emas dengan nilai minima keseluruhan dalam satu invois Ringgit Malaysia Satu Ribu [RM1,000] yang dibeli dari Kedai Emas Zakaria&SONS yang beralamat di A9, Ground Floor, Block A, Jalan Selaman 1/1, Dataran Palma, 68000 Ampang Selangor; sepanjang Tempoh Peraduan akan melayakkan Peserta menyertai Peraduan. Sila rujuk Jadual Bukti Pembelian [“Jadual BP”] yang dikehendaki sebagai bukti pembelian bagi menyertai Peraduan [“BP”]. 
  2. Peserta dikehendaki melengkapkan setiap baucer peraduan dengan butir-butir yang dikehendaki. Baucer peraduan yang telah diisi dengan lengkap mesti dimasukkan dalam kotak peraduan.
  3. Semua baucer peraduan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Kupon peraduan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca dan/atau tidak tepat, penyertaan dengan BP tidak betul dan/atau cacat akan dibatalkan.
  4. Jumlah baucer peraduan yang layak diterima oleh peserta adalah mengikut jumlah pembelian di dalam satu invois:
  1. 1 baucer peraduan = RM1,000.00 hingga RM1,999.00 (dalam satu invois)
  2. 2 baucer peraduan = RM2,000.00 hingga RM2,999.00 (dalam satu invois)
  3. 3 baucer peraduan = RM3,000.00 hingga RM3,999.00 (dalam satu invois)
  4. Dan seterusnya.


Hadiah 

  1. Peserta boleh memenangi hanya satu [1] Hadiah sepanjang Tempoh Peraduan. Sekiranya terdapat Pemenang berulang, Pemenang baru akan dipilih dan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah tersebut.
  2. Senarai Hadiah-hadiah seperti di bawah:
  1. Hadiah Utama. Sebuah PERODUA MYVI 1.5L X [Transmisi Automatik] metalik bernilai Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sembilan Ratus [RM50,900] di atas jalan. Harga yang ditunjukkan adalah berdasarkan harga di Semenanjung Malaysia dan betul pada masa percetakan.
  2. Hadiah Ke-2. Tiga buah telefon bimbit iPhone 14 bernilai Ringgit Malaysia Empat Ribu Satu Ratus Sembilan Puluh Sembilan [RM4,199]. Harga yang ditunjukkan adalah berdasarkan harga di Semenanjung Malaysia dan betul pada masa percetakan.
  3. Hadiah Ke-3. Lima buah plasma TV SAMSUNG 50" Crystal UHD 4K CU8000 bernilai Ringgit Malaysia Dua Ribu Lapan Ratus Tiga Puluh Sembilan [RM2,839]. Harga yang ditunjukkan adalah berdasarkan harga di Semenanjung Malaysia dan betul pada masa percetakan.
  4. Hadiah Ke-4. Lima buah peti sejuk SAMSUNG Top Mount Freezer Refrigerator with Optimal Fresh +, 360L bernilai Ringgit Malaysia Dua Ribu Satu Ratus Sembilan Puluh Sembilan [RM2,199]. Harga yang ditunjukkan adalah berdasarkan harga di Semenanjung Malaysia dan betul pada masa percetakan.
  5. Hadiah Ke-5. Enam buah mesin basuh SAMSUNG Top Load Washer with Ecobubble™, 13kg bernilai Ringgit Malaysia Dua Ribu Tujuh Puluh Sembilan [RM2,079]. Harga yang ditunjukkan adalah berdasarkan harga di Semenanjung Malaysia dan betul pada masa percetakan.
  6. Hadiah Ke-6. Sepuluh buah jam tangan SAMSUNG Galaxy Watch5 Bluetooth (44mm) bernilai Ringgit Malaysia Sembilan Ratus Sembilan Puluh Sembilan [RM999]. Harga yang ditunjukkan adalah berdasarkan harga di Semenanjung Malaysia dan betul pada masa percetakan.
  7. Hadiah Ke-7. Sepuluh wang tunai bernilai Ringgit Malaysia Lima Ratus [RM500].
  8. Hadiah Ke-8. Sepuluh biji jongkong emas bermutu 916 dengan anggaran berat 1+/- gram bernilai Ringgit Malaysia Tiga Ratus [RM300]. Harga yang ditunjukkan adalah berdasarkan harga di Semenanjung Malaysia dan betul pada masa percetakan.


Pemilihan Pemenang

Proses pemilihan pemenang ‘Peraduan Gempak Kemilau’ akan diadakan pada 14 January 2024 yang akan bertempat di Kedai Emas Zakaria&SONS Ampang yang beralamat A9, Ground Floor Block A, Jalan Selaman 1/1, Dataran Palma Kuala Lumpur, 68000 Ampang Jaya, Selangor. Pemilihan pemenang akan diumumkan secara langsung pada jam 6 petang di semua media sosial Kedai Emas Zakaria&SONS iaitu Tiktok, Facebook dan Instagram. 

Semua pelanggan yang turut serta dalam ‘Peraduan Gempak Kemilau’ diwajibkan untuk hadir ataupun saksikan secara langsung di media sosial kami. Peserta juga harus tampil semasa nama diumum ataupun komen pada sesi langsung media sosial kami. Sekiranya pelanggan GAGAL berbuat demikian maka kemenangan itu dikira batal dan digantikan dengan pemenang lainya.


Liabiliti dan Tanggungjawab 

  1. Pemenang dan/atau warisnya hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur daripada sebarang liabiliti. 
  2. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya. 
  3. Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet atau perkhidmatan telekomunikasi. 

Hak Penganjur 

  1. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menyemak dan mengubah proses pemilihan Pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu. 
  2. Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya. 
  3. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak milik intelektual padanya menjadi milik Penganjur dan setiap Peserta membenarkan Penganjur mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana dan semua maklumat peribadi Peserta termasuk tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej Peserta untuk tujuan Peraduan, termasuk aktiviti pengiklanan, publisiti, pemasaran dan promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti sampingan lain yang berkaitan dengan Peraduan. Pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut. 
  4. Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta yang didapati atau disyaki membega proses penyerahan Peraduan atau pengendalian Peraduan dan Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang dipercayai melakukan aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang menjejaskan Peraduan. 
  5. Penganjur berhak untuk meminda, menggantung atau membatalkan Peraduan sekiranya Penganjur tidak dapat mengendalikan Peraduan seperti yang dirancang termasuk tetapi tidak terhad kepada campur tangan tidak sah, penipuan, kegagalan teknikal atau sebarang sebab lain di luar kawalan Penganjur, walaupun dengan usaha terbaik Penganjur. 


Notis Privasi 

  1. Dengan menyertai Peraduan, anda telah bersetuju Zakaria&SONS Precious Metals (Malaysia) Sdn. Bhd. dan pembekal- pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak-Pihak Ketiga Lantikan”) (secara kolektif “Penganjur” atau “kami") untuk memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang penyertaan bagi tujuan Peraduan. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti. 
  2. Penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai produk kami, perkhidmatan, apa-apa promosi, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur.
  3. Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami. 
  4. Berkenaan dengan golongan bawah umur atau individu-individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan untuk bersetuju bagi pihak mereka kepada pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini. 
  5. Pada masa tertentu Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini.
  6. Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada: Zakaria&SONS Precious Metals (Malaysia) Sdn. Bhd. A9, Ground Floor, Block A, Jalan Selaman 1/1, Dataran Palma, 68000 Ampang, Selangor. Atau Hubungi kami : 03-4270-0791.
  7. Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses penyertaan anda dalam Peraduan, dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda. 
  8. Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Dasar Privasi kami dari semasa ke semasa.


Terma dan Syarat 

  1. Gambar Hadiah yang ditunjukkan pada borang Penyertaan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada barangan sebenar. Harga yang ditunjukkan adalah betul pada tarikh percetakan. 
  2. Syarat dan Peraturan Peraduan dan kaedah penyertaan Peraduan boleh dipinda dari masa ke masa dan akan diguna pakai berbanding sebarang peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain bagi Peraduan. Peserta amat dinasihatkan supaya melayari laman web Penganjur dari masa ke masa untuk memastikan mereka menyedari sebarang perkembangan dan perubahan yang dibuat. 
  3. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan, serta keputusan Penganjur.